BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan minyak enjin kenderaan yang mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM240,000, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata ahli perniagaan berumur 51 tahun itu ditahan di Bayan Lepas, susulan laporan oleh seorang wanita berusia 24 tahun bekerja sebagai pengurus besar sebuah syarikat, baru-baru ini.
Beliau berkata menurut laporan, wanita itu diperkenalkan kepada lelaki berkenaan oleh bapa angkatnya untuk melabur dalam syarikat suspek, dan dia bersetuju dan membuat pemindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM240,000 kerana dijanjikan keuntungan RM50,000 sebulan.
Bagaimanapun katanya wanita itu merasa dia ditipu apabila menerima hanya RM1,000 sejak melabur Jun lepas, dan dia kemudiannya bertindak membuat laporan polis.
"Lelaki itu kini direman sehingga 17 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu menggunakan wang yang dilaburkan oleh mangsa untuk menjalankan projek baharu yang lain kerana projek minyak enjin tidak dapat dijalankan disebabkan berhadapan masalah rundingan dengan kontraktor projek.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Lelaki terbabit kini direman sehingga 17 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. - Gambar hiasan
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Seludup minyak petrol, lelaki warga Thailand didenda RM10,000
Seorang lelaki warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping semalam selepas mengaku bersalah menyeludup minyak petrol ke negara jiran.
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Seramai 17 atlet telah layak ke Paralimpik Paris
Seramai 17 atlet negara telah meraih tiket ke Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos hingga 8 Sept ini, kata Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Polis tahan lelaki tipu pelaburan, mangsa rugi RM240,000
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan minyak enjin kenderaan yang mengakibatkan kerugian RM240,000.